Wednesday, December 30, 2009

Makalah Menarik Tentang Bermuamalah Dengan Hadith

Assalamualaikum,
Ada teman facebook yang forward makalah ini yang saya rasa bagus dikongsi bersama di zaman2 sekarang. WaLlahu a'lam wa huwa waliyyu al-Tawfiq. Wassalamualaikum
dan makalahnya :
Cairo, May 16, 2009
Beberapa hari saya tidak menulis, mungkin agak sibuk dengan persediaan peperiksaan yang semakin hampir. Teringin juga jari-jari ini memetik butang key board menulis semula . Tambahan pula semenjak akhir-akhir ini, golongan “mujtahid jadi-jadian” semakin ramai menceburi bidang penulisan ini. Semakin mereka menulis, semakin saya risau melihat masyarakat yang tertipu dengan gaya bahasa yang mereka gunakan seolah-olah menampakkan bahawa mereka benar-benar orang yang berkelayakkan di dalam memperkatakan tentang permasalahan hukum-hakam. Pelbagai pendapat digunakan oleh mereka demi mempertahankan pendapat-pendapat yang boleh kita klasifikasikan sebagai “menegakkan benang yang basah”.
Kalam para ulama Mujtahid yang sering kita dengar seperti :

إذا صح الحديث فهو مذهبي
لا ينبغي لمن لم يعرف دليلي أن يُفتي بكلامي
لا تقلدني و لا تقلد مالكا و لا الأوزاعي و لا غيرهم و خذ الأحكام من حيث أخذوا
Pendapat-pendapat para Imam Mujtahid ini sering disalah gunakan oleh golongan yang gemar mendakwa-dakwi sebegini.Kalam pertama yang bermaksud (( Jika sahih sesebuah hadis maka itulah mazhabku)) digunakan oleh golongan ini dengan mengatakan bahawa, jika kita berjumpa sebuah hadis yang sahih dan mendapati hadis tersebut bertentangan dengan pendapat Imam Mujtahid ( Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hambal radhiyallahu anhum), maka dahulukan hadis yang sahih kerana ini juga merupakan pendapat sebahagian para Imam tersebut.
Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan di dalam muqaddimah Majmu’ Syarah Muhazzab:“ Memang benar al-Imam Syafie menyebutkan :

إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه و سلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه و سلم و دعوا قولي
Maksudnya: Jika kamu semua (para ulama) mendapati di dalam kitab yang aku tulis menyalahi Sunnah baginda sallallahu alaihi wasallam maka keluarkan pendapat kamu semua dengan Sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam dan tinggalkan pendapatku.”
Al-Imam Nawawi rahimahullah menyebutkan lagi bahawa: Kata-kata Imam Syafie tersebut bukanlah bermaksud sesiapa sahaja yang menjumpai hadis sahih maka terus mengatakan bahawa ianya merupakan mazhab Imam Syafie itu sendiri.Malah beramal dengan zahir kalam itu semata-mata. Bahkan sebenarnya kalam al-Imam Syafie tersebut ditujukan kepada para ulama yang telah sampai kepada peringkat ijtihad di dalam mazhab seperti yang telah kita sebutkan sebelum ini (rujuk Muqaddimah Majmu’ ). Syarat untuk para yang beramal dengan kalam Imam ini ialah mesti tidak meletakkan sangkaan bahawa al-Imam Syafie radhiyallahuanhu tidak berjumpa dengan hadis ini atau tidak mengetahui bahawa hadis ini tidak Sahih. Syarat ini tidak akan dapat disempurnakan melainkan setelah mengkaji dan mentelaah keseluruhan kitab-kitab karangan al-Imam Syafie , kitab-kitab para ulama Syafieyah yang lain dan yang seumpama dengannya. Inilah merupakan syarat yang agak sukar untuk dipenuhi. Hanya sedikit yang dapat menyempurnakan syarat ini.
Maksud kalam al-Imam Nawawi sangat jelas. Agak menghairankan kita, golongan yang mendakwa kalam al-Imam Syafie kadang-kadang bertentangan dengan hadis ini merupakan dakwaan yang ternyata menyimpang. Bahkan kitab-kitab al-Imam Syafie mereka tidak memahaminya dengan baik (maksudnya memerlukan penguasaan bahasa Arab yang tinggi kerana al-Imam Syafie radhiyallahu anhu merupakan seorang ahli Bahasa Arab yang hebat), apatah lagi membacanya. Ini sepatutnya yang disedari oleh mereka. Tetapi ego dan bodoh sombong yang menyebabkan mereka tidak mahu memahami pendapat ulama sebegini.
Oleh kerana itulah kita katakan, perlu membaca kitab para ulama dengan para alim-ulama yang benar ilmunya, bukan dengan pembacaan secara persendirian tanpa guru yang membimbing. Akan sesat jadinya. Ini asas pertama yang perlu diperbetulkan oleh mereka. Akhir-akhir ini kita melihat mereka juga belajar dengan guru, tetapi guru yang mengajar pula hakikatnya belajar dengan guru yang tidak belajar dengan ulama yang benar ilmunya,bersih pengambilannya serta jauh daripada pendapat-pendapat yang menyalahi jumhur para ulama.
Kata Imam Nawawi lagi menukilkan kata-kata Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahumallah:“Kalam al-Imam Syafie tersebut bukanlah boleh diamalkan dengan zahir luarannya semata-mata,Bukanlah semua ulama yang Faqih (hebat dalam ilmu fiqhnya) beramal secara terus daripada hadis yang dirasakan hujah baginya.”Kata Imam Abu Amru Ibn Salah lagi: “ Jika seorang ulama bermazhab Syafie tersebut menjumpai sebuah hadis yang menurutnya bertentangan dengan mazhab yang dipegangnya, Maka perlu dilihat semula kepada keahlian orang tersebut. Jika ulama tersebut telah mencapai peringkat Ijtihad (seperti yang kita sebutkan di dalam keluaran yang lepas) maka tiadalah masalah baginya untuk beramal dengan hadis tersebut. Tetapi jika dia masih tidak mencapai tahap Ijtihad dan menyukarkan baginya menemukan sebab-sebab pertentangan hadis tersebut dengan kalam Imam Mazhab @ Mazhab itu sendiri maka bolehlah baginya beramal dengan hadis tersebut jika terdapat seorang lagi Imam Mujtahid Mutlak selain Imam Syafie(seperti Imam Abu Hanifah , Malik, Ahmad dan lain-lain).”
Kata al-Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani hafizahullah(bukan Syeikh Nasiruddin al-Albani) di dalam risalah kecilnya berkenaan kalam tersebut:Maksud kalam tersebut ialah: Kata para imam , kalam tersebut ditujukan kepada para ulama yang benar-benar berkelayakkan di dalam mengeluarkan hukum.Mereka(yang dibenarkan) adalah merupakan para ulama yang hebat di dalam ilmu hadis. Ini bermakna, jika sahih sesebuah hadis sahih tersebut yang bertepatan dengan syarat-syarat pengambilan sesebuah hadis dan kaedahnya berdasarkan mazhab yang mereka gunakan , maka gunakan hadis tersebut. Bukannya kalam tersebut menyuruh setiap kali membaca hadis yang sahih maka tinggalkan beramal dengan pendapat imam mazhab.Sebaliknya golongan yang sering mendakwa-dakwi ini, menggunakan pendapat ini dengan luarannya sahaja, bukan maksud sebenar kalam tersebut.
Al-Imam Malik Radhiyallahuanhu menyebutkan kepada para muridnya(yang merupakan para mujtahid) ketika beliau mengeluarkan pendapat di dalam sesebuah hukum, “ Kamu perlu mengkajinya semula, ini kerana ianya merupakan pegangan agama kita.Tiada seorang pun boleh diterima pendapatnya bulat-bulat tanpa perlu dikritik, melainkan pendapat yang dikeluarkan oleh pemilik Maqam yang mulia ini( mengisyaratkan kepada Saidina Muhammad sallallahu alaihi wasallam).”
Saya ingin bertanya, adakah Imam Malik radhiyallahu anhu bercakap seorang diri ketika tersebut? Atau adakah beliau mengucapkan pendapat tersebut dihadapan orang awam yang tidak mengerti hukum-hakam? Jawapannya tentu tidak sama sekali. Golongan yang dibicarakan oleh al-Imam ialah merupakan kelompok mujtahid. Seolah-olah al-Imam ingin memberitahu kepada murid-muridnya bahawa mereka juga telah sampai kepada peringkat Ijtihad yang tinggi. Syarat-syarat untuk menjadi seorang mujtahid telah saya terangkan di dalam keluaran yang lalu. Jika syarat sebegini masih tidak jelas, maka bagaimana seseorang tersebut boleh mengaku bahawa dia juga boleh mengeluarkan hukum terus daripada al-Quran dan Sunnah?
Pendapat kedua yang sering digunakan oleh mereka ialah pendapat yang dikeluarkan oleh al-Imam Abu Hanifah radhiyallahuanhu iaitu :

لا ينبغي لمن لم يعرف دليلي أن يُفتي بكلامي
Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi seseorang yang tidak mengetahui dalil yang aku keluarkan untuk berfatwa dengan pendapatku.Pendapat ini jelas menunjukkan bahawa ianya disebutkan kepada golongan ulama yang benar-benar alim di dalam bidang tersebut. Ini kerana perkataan “ berfatwa” tersebut tidak lain dan tidak bukan semata-mata ditujukan kepada para ulama ahli fatwa,bukannya mujtahid jadi-jadian . Ini perlu difahami dengan baik dan jelas. Perlu juga bagi seseorang tersebut melihat semula kepada syarat-syarat untuk berfatwa yang disusun oleh para ulama . Antara ulama yang menyusun tentang adab-adab fatwa ini ialah al-Imam Abu Qasim al-Soimuri rahimahullah(guru kepada al-Imam Mawardi rahimahullah), al-Imam al-Khatib al-Baghdadi rahimahullah, dan al-Imam Abu Amru Ibn Salah rahimahullah. Ketiga-tiga kitab ini telah diringkaskan perbahasannya oleh al-Imam Nawawi rahimahullah dan beliau meletakkan perbahasan tersebut di dalam kitabnya Majmu’ Syarah Muhazzab.
Jika kamu membaca semula syarat-syarat berfatwa dan Mufti, tentulah kamu akan menyedari betapa jauhnya jurang sebenar antara kamu (yang suka mendakwa-dakwi sebegini) dengan para ulama yang benar-benar sampai kepada peringkat mengeluarkan fatwa.Malah al-Imam Nawawi sendiri menyebutkan bahawa bidang fatwa adalah merupakan bidang yang sangat merbahaya diceburi tetapi sangat tinggi kelebihannya(bagi yang layak sahaja).Al-Imam Malik radhiyallahu anhu menyebutkan:
ما أفتيت حتى شهد لي سبعون أني أهل لذلك
Maksudnya: Aku tidak akan berfatwa melainkan selepas disaksikan oleh tujuh puluh orang ulama bahawa aku benar-benar layak di dalam bidang fatwa ini.Kalam-kalam sebegini tidak pula dilihat oleh golongan sebegini. Mereka hanya mengambil pendapat-pendapat yang luarannya merupakan suatu kelebihan kepada diri mereka untuk meninggalkan berpegang dengan mazhab itu sendiri. Sedangkan langsung tidak memahami maksud kalam itu sendiri.
Jika kita memahami maksud kalam-kalam yang disebutkan dengan baik maka pendapat Imam Ahmad bin Hambal radhiyallahu anhu juga akan mudah bagi kita memahaminya. Maksudnya Imam Ahmad menyebutkan pendapat tersebut bukanlah untuk orang awam melainkan untuk para ulama yang telah mencapai peringkat Ijtihad.
Al-Allamah Syeikh Muhammad Awwamah hafizahullah menukilkan kalam al-Imam Kairanawi radhiyallahu anhu:“Maksud sebenar kalam al-Imam Syafie (Jika sahih sesebuah hadis maka itulah Mazhabku) dan kalam ulama yang lain yang menyebutkan sedemikian ialah tidak lain selain ingin menunjukkan kepada kita hakikat bahawa kalam yang menjadi hujjah adalah kalam Baginda sallallahu alaihi wasallam bukannya kalam kami(para Imam Mujtahid).Seolah-olah Imam Syafie ingin mengatakan: Jangan kamu menyangka kalam aku adalah hujjah berbanding kalam Baginda Sallallahu alaihi wasallam dan aku juga berserah kepada Allah jika pendapat yang aku sebutkan bertentangan dengan Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam.”
Hakikatnya, kalam al-Imam Syafie radhiyallahu anhu adalah merupakan sifat tawaddhuk yang ada pada beliau. Mustahil seseorang Imam tersebut akan mengeluarkan sesuatu hukum dengan hawa nafsunya melainkan setelah dikaji secara terperinci dengan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya dan iman yang mendalam.
Oleh sebab itulah al-Imam Ibn Uyainah Radhiyallahuanhu menyebutkan:

الحديث مضلة إلا للفقهاء
Maksudnya: Hadis adalah sesuatu yang mampu menyesatkan seseorang (yang tidak memahaminya) melainkan kepada para fuqaha(ulama).
Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami radhiyallahu anhu menerangkan maksud sebenar kalam al-Imam Ibn Uyainah radhiyallahu anhu di dalam kitabnya Fatawa Hadisiah mukasurat 521:“Maksud kalam tersebut ialah Hadis adalah seumpama al-Quran yang mana ianya terkadang merupakan lafaz umum tetapi maknanya khusus, ianyanya juga terdapat Nasakh dan Mansukh, terdapat juga hadis yang tidak diamalkan, dan sebahagiannya jika dipegang dengan zahir maka akan menjadi masalah seperti hadis ينزل ربنا (Allah turun ke Langit pertama disepertiga malam). Jadi maksud sebenar sesebuah hadis tidak akan difahami melainkan diterangkan oleh para ulama.Ini berbeza dengan orang yang tidak mengetahui maksud sebenar hadis tersebut melainkan zahirnya semata-mata, maka akan tersesat jadinya seperti yang berlaku kepada sebahagian ulama terdahulu dan terkemudian seperti Ibn Taimiyah dan pengikutnya”
Bagi menentukan sesebuah hadis sahih tersebut bertentangan dengan pendapat Imam Mazhab maka perlu bagi mereka-mereka yang berkata sedemikian mempunyai dua perkara:
1. Kuat sangkaannya bahawa Sang Imam tidak menemukan hadis yang dia temui.
2. Orang yang mengatakan sedemikian mestilah seorang yang benar-benar pakar di dalam ilmu rijal Hadis, Matan Hadis, cara-cara berhujah dengan hadis, dan cara mengeluarkan hukum daripada hadis tersebut berdasarkan kaedah yang diletakkan oleh mazhab.
Terdapat 4 marhalah (peringkat ) bagi menentukan adakah benar seseorang tersebut benar-benar pakar di dalam Ilmu hadis.(Marhalah ini saya petik secara ringkas daripada risalah al-Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani hafizahullah ):
Peringkat pertama
Di dalam peringkat ini seseorang tersebut perlulah mengetahui kedudukan perawi hadis tersebut samaada ianya Thiqah, Saduq dan sebagainya. Serta perlu juga memerhatikan hafalan dan kekuatan ingatan perawi tersebut.Perlu mengetahui tentang martabat thiqah, tempat mana yang perlu didahulukan jarah dan ta’dil(nama ilmu di dalam Mustalah Hadis bagi menentukan darjat seorang perawi).Mengetahui tentang bilakah tarikh perawi tersebut meninggal duni dan dari manakah asalnya dan sebagainya. Pendek kata kesemua ilmu yang diterangkan di dalam kitab Mustalah Hadis perlu diketahui secara lumat dan mendalam oleh seseorang tersebut.
Peringkat kedua
Peringkat ini lebih sukar daripada sebelumnya.Setelah seseorang tersebut mengetahui secara mendalam tentang mustalah hadis tersebut maka perlu pula baginya untuk mengkaji secara teliti dan mendalam hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Sihah, Sunan, Musnad, Jawami’, Mu’jam, al-Ajza’dan lain-lain kitab hadis bagi mencari sesebuah hadis tersebut adakah benar-benar bertentangan dengan pendapat sang Imam. Perlu juga baginya untuk mengetahui adakah hadis tersebut Mutawatir, Masyhur dan sebagainya. Perlu juga baginya mengetahui adakah hadis tersebut Syaz atau mungkar . Perlu juga baginya mengetahui adakah hadis tersebut marfu’, mauquf atau maqtu’.Oleh sebab itulah al-Imam Abu Hatim al-Razi rahimahullah menyebutkan: “ Tidaklah seseorang tersebut dikatakan benar-benar pakar di dalam bidang hadis melainkan setelah kami (para ulama hadis )menulis hadis tersebut dengan 60 keadaan dan dia mampu menerangkan satu persatu hadis-hadis tersebut tentang hukumnya sama ada Syaz, Mungkar, Ma’ruf, Mutawatir, Marfu’, Mauquf, Fard dan Masyhur.”
Peringkat ketiga
Peringkat ini lebih sukar daripada kedua-dua peringkat di atas. Setelah benar-benar melalui kedua-dua peringkat tersebut, maka seseorang tersebut perlulah melihat sama ada hadis yang dikajinya terdapat illah(kecacatan) atau tidak. Illah yang tersembunyi menurut para ulama hadis adalah yang paling sukar ditemukan melainkan oleh ulama-ulama yang benar-benar pakar di dalam ilmu hadis. Ini diketahui dengan jelas oleh sesiapa yang mempelajari ilmu hadis dengan baik.
Peringkat keempat
Peringkat ini adalah yang paling sukar ditemukan melainkan para Mujtahid yang sampai ke peringkat mutlak. Ramai ulama hadis yang sukar mencapai peringkat ini walaupun mereka sudah mencapai ketiga-tiga peringkat sebelum ini. Walaupun mereka menghafal hadis tersebut dan mengetahui segalanya tentang ilmu hadis , tetapi di dalam permasalahan hukum hakam tetap mereka serahkan kepada para fuqaha.
Kerana itulah al-Imam al-A’mash radhiyallahu anhu menyebutkan kepada al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu:

يا معشر الفقهاء, أنتم الأطباء ونحن الصيادلة و أنت أيها الرجل أخذت بكلا الطرفين
Maksudnya: Wahai para fuqaha, kamu adalah doktor yang mengetahui tentang ubat sesuatu penyakit, manakala kami para muhaddith (ulama hadis) merupakan pemilik ubat tersebut.Manakala kamu wahai lelaki( Imam Abu Hanifah ) , kedua-duanya kamu miliki (sebagai seorang doktor dan sebagai seorang pemilik farmasi).Maksud kalam al-Imam al-A’mash tersebut ialah para fuqaha mengetahui di manakah sumber pengambilan hukum bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan, manakala para muhaddis akan membekalkan hadis-hadis sebagai sumber pengambilan hukum tersebut. Manakala al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mempunyai kepakaran di dalam kedua-dua bidang tersebut(iaitu hadis dan fiqh).
Kesimpulan
Setelah kita perhatikan dan baca dengan teliti perbahasan yang saya tulis ini,jelas lagi bersuluh bahawa menghukumkan sesuatu dengan zahir hadis yang kamu(golongan wahabi) rasakan bahawa ianya bertentangan dengan kalam Imam merupakan suatu tohmahan yang tidak berasas dan tidak mengikut jalur pengajian dan pengkajian yang baik. Perbahasan yang saya buat ini mungkin agak berat bagi sesiapa yang tidak mengetahui istilah-istilah yang digunakan. Jika ada masa, saya akan menerangkannya selepas ini. Tetapi jika “ para mujtahid jadi-jadian” tidak memahaminya maka jelaslah, kamu semua tidak mencapai lagi serendah-rendah martabat tersebut. Maka perlu beristghfar dan memohon keampunan di atas keterlanjuran dan keegoan yang terdapat di dalam diri kamu. Kamu sering mengatakan bahawa kami tidak menggunakan pendapat para ulama mu’tabar. Sila datangkan bukti dan sila sebutkan siapakah ulama-ulama mu’tabar yang meyokong pendapat kamu. Saya menantikan hujah kalian semua.Sebagai peringatan, jika tidak memahami dengan baik, jangan memandai-mandai ingin mencelah dan menolaknya. Jika ingin menolak hujah yang saya kemukakan datangkan dalil berserta hujah yang ingin kamu kemukakan seperti yang selalu kamu lakukan. Wallallahu a’lam.
Rujukan:
1. Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Nawawi rahimahullah tahqiq Syeikh al-Allamah Najib Muti’ie .Cetakan Darul A’lam Kutub
2. Risalah إذا صح الحديث فهو مذهبي oleh Syeikh al-Allamah Wahbi Sulaiman Ghawuji al-Albani al-Hanafi hafizahullah.Cetakan Darul Iqra’.Cetakan Pertama 2005.
3. Fatawa Hadisiah oleh al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah .Cetakan Darul Taqwa.
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH,KAHERAH,MESIR
(nota tambahan : Saya rasa mungkin penulis makalah ini turut ada merujuk kepada kitab karangan al-Allamah Syeikh Muhammad `Awwamah , Athar al-Hadith al-Sharif fi Ikhtilaf A`immah al-Fuqaha RadhiyaLlahu `Anhum (Dar al-Yusra, Madinah Munawwarah, tt). Antara buku yang terpenting untuk dibaca dalam isu yang berkaitan)

Tuesday, December 29, 2009

Buku Baru Yang Menarik - The 500 Most Influential Muslims 2009

Assalamualaikum,Justify Full
Saya nak berkongsi link kepada buku ini yang ada saya sebut dalam posting sebelum ini. Yang penting dikongsi adalah bab permulaan yang membentangkan tentang aliran2 yang ada di dunia Islam. Bacaan kedua professor yang menjadi pengarang/editor buku ini dalam bab ini menunjukkan bahawa majoriti atau arus perdana umat Islam masa kini adalah Asya`irah-Maturidiyyah mazhabnya, bermazhab dan bertasawwuf. Mereka ini adalah pengkaji akademik dan setahu saya tidakpun cenderung atau bias kepada aliran ini jadi ini pandangan buku ini unik dari sudut nuetraliti pengarangnya. Juga menarik adalah pengkelasan (School of Thought) yang dibuat terhadap beberapa tokoh yang dipilih sebagai menempati 50 tempat teratas. Agak baik dan membantu kita mengenali dan memahami tokoh2 ini. Contohnya:
Abdullah, Saudi Arabia : Moderate Salafi
Raja Mohammad VI, Morocco : Traditional Sunni, Maliki
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi : Traditional Muslim/Salafi
Syeikh Ali Goma'a (Jum`ah) - Mufti Mesir : Traditional Sunni, Shafii
Syeikh Abdul Aziz Aal Syeikh - Mufti Saudi Arabia : Salafi
Adapun pemilihan dan kedudukan nama-nama 500 tokoh tersebut memang tak ada sesiapa yang akan bersetuju 100% dengan pemilihan dalam buku ini kecuali mungkin para editornya sendiri.
Harap ada manfaatnya.

Mengenali Imam al-Dhahabi

Assalamualaikum,

Oleh kerana ada beberapa penulis yang cenderung merujuk kepada pandangan Imam al-Dhahabi termasuk Dr.Asri dalam tulisan2 beliau termasuklah mengulang-ulangi kritikan Imam al-Dhahabi terhadap Imam al-Ghazali, saya terpanggil berkongsi artikel dibawah yang ditulis oleh Syeikh Dr. Gibril al-Haddad, empunya website http://www.livingislam.org/ . Website ini bagi saya adalah antara laman web Islam yang terbaik dalam bahasa Inggeris sehingga melayakkan beliau disenaraikan sebagai salah seorang daripada 500 Muslim paling berpengaruh dalam buku baru yang di edit oleh Prof. John Esposito dan Prof. Ibrahim Kalin , 500 Most Influential Muslim 2009.

Semoga kita boleh berlaku adil kepada semua para tokoh ulama kita termasuklah Imam al-Dhahabi dan bukan sekadar 'menggunakan' pandangan mereka yang terpilih. Maaf bagi mereka yang tidak selesa membaca dalam English.

Antara sedutan yang menarik :

1. Petikan daripada risalah nasihat Imam al-Dhahabi yang ditujukan kepada Imam Ibnu Taymiyyah dalam salah satu tulisan ketika Imam al-Dhahabi sudah berumur 55 tahun, al-Nasiha al-Dhahabiyya,

"Oh the disappointment of him who follows you! For he is exposed to corruption in basic beliefs and to dissolution. Particularly if he is short of learning and religion, a self-indulgent idler who does well for you by fighting on your behalf with his hand and tongue, while he is actually your enemy in his being and heart. What are your followers but hidebound do-nothings of little intelligence, common liars with dull minds, silent outlanders strong in guile, or dryly righteous without understanding? If you do not believe it, just look at them and honestly assess them."

2. Komentar Imam Suyuti agar berhati-hati dengan kecenderungan tertentu Imam al-Dhahabi dalam penilaian beliau terhadap tokoh-tokoh ulama.

"Imam al-Suyuti responded to al-Dhahabi's above insinuations in the following words:Do not let al-Dhahabi's mumblings deceive you, for he went so far as to mumble against Imam Fakhr al-Din ibn al-Khatib [al-Razi] and against one who is greater than the Imam, namely, Abu Talib al-Makki the author of Qut al-Qulub, and against one who is greater than Abu Talib, namely, Shaykh Abu al-Hasan al-Ash`ari, whose fame has filled the firmaments! And al-Dhahabi's books are filled with that: al-Mizan, al-Tarikh, and Siyar al-Nubala'. Are you going to accept his words against their likes? Never, by Allah! His word is not accepted concerning them. Rather, we respect their right over us and render it to them in full."

Ini linknya http://www.sunnah.org/history/Scholars/al_dhahabi.htm dan artikel penuhnya dibawah :

AL-DHAHABI

by Dr. G.F. Haddad

Muhammad ibn Ahmad ibn `Uthman ibn Qaymaz ibn `Abd Allah, Shams al-Din Abu `Abd Allah al-Turkmani al-Diyarbakri al-Fariqi al-Dimashqi al-Dhahabi al-Shafi`i (673-748), the imam, Shaykh al-Islam, head of hadith masters, perspicuous critic and expert examiner of the hadith, encyclopedic historian and biographer, and foremost authority in the canonical readings of the Qur'an. Born in Damascus where his family lived from the time of his grandfather `Uthman, he sometimes identified himself as Ibn al-Dhahabi - son of the goldsmith - in reference to his father's profession. He began his study of hadith at age eighteen, travelling from Damascus to Ba`labak, Hims, Hama, Aleppo, Tripoli, Nabulus, al-Ramla, Cairo, Iskandariyya, al-Qudus, Hijaz, and elsewhere to thirty different locations, after which he returned to Damascus where he taught and authored many works and achieved world renown. He lost his sight two years before he died, leaving three children: his eldest daughter Amat al-`Aziz and his two sons `Abd Allah and Abu Hurayra `Abd al-Rahman. The latter taught the hadith masters Ibn Nasir al-Din al-Dimashqi1 and Ibn Hajar, to whom he transmitted several works authored or narrated by his father.

Among al-Dhahabi's most notable teachers in hadith and fiqh:
1. Ibn al-Zahiri, Ahmad ibn Muhammad ibn `Abd Allah al-Halabi.
2. Al-Abarquhi, Ahmad ibn Ishaq ibn Muhammad al-Misri (d. 701), from which al-Dhahabi received the Suhrawardi Sufi path.2 He said in his last illness while he was in Mecca: "I will die in this illness because the Prophet -- Allah bless and greet him -- promised me that I would die in Mecca."3
3. Shaykh al-Islam Ibn Daqiq al-`Id whom he identified in his youth as Abu al-Fath al-Qushayri, later as as Ibn Wahb.4 When al-Dhahabi first came before Ibn Daqiq al-`Id to study hadith the latter quizzed him: "Who is Abu Muhammad al-Hilali?" Al-Dhahabi correctly answered: "Sufyan ibn `Uyayna."
4. Sharaf al-Din al-Dimyati, `Abd al-Mu'min ibn Khalaf, the foremost Egyptian authority on hadith in his time.
5. "Qadi al-Qudat, the Paragon of Islam, the standard-bearer of the Sunna, my shaykh" Jamal al-Din Abu al-Ma`ali Muhammad ibn `Ali al-Ansari al-Zamalkani al-Dimashqi al-Shafi`i (d. 727).5 He replaced Safi al-Din al-Hindi as chief prosecutor in the Damascus trial of Ibn Taymiyya against whom he subsequently wrote a refutation on divorce, and another refutation on the Visitation to the Prophet -- Allah bless and greet him.

Among the praises of hadith scholars about al-Dhahabi:
1. His student Ibn al-Subki said:
Our time was graced with four hadith masters: al-Mizzi, al-Birzali, al-Dhahabi, and my father the Shaykh and Imam [Taqi al-Din al-Subki].7 As for our shaykh Abu `Abd Allah, he is an ocean without peer, a treasure and refuge in time of difficulty, the imam of the living on record, the gold of our time in spirit and letter, the shaykh of narrator-discreditation and narrator-commendation (al-jarh wa al-ta`dil)... and the one who trained us in this science and brought us out into the scholarly throng - may Allah reward him greatly!
3. Another student of his, Salah al-Din al-Safadi, said:
I read before him many of his works and did not find in him the rigidity (jumud) of hadith scholars nor the denseness (kawdana) of transmitters. Rather, he is highly perspicuous and proficient in the sayings of the scholars and the schools of the imams of the Salaf and authorities in doctrine. What most pleased me is the care he shows, in his works, not to mention a hadith except he states whether it suffers from any weakness in its content or chain of transmission or one of its narrators. I did not see others show the same care in what they cite.8
4. The "Commander of the Believers in Hadith" (Amir al-Mu'minin fi al-Hadith), Shaykh al-Islam Ibn Hajar al-Asqalani said of him: "He was the most prolific of the scholars of his time. People yearned to obtain his books, travelling to him for that purpose and circulating them through reading, copying, and audition."9 "He is among those who have total mastery in the field of narrator-criticism."10
5. Al-Sakhawi said: "To understand the loftiness of his rank it is enough to know that our shaykh's [Ibn Hajar] supplication, upon drinking Zamzam water, was that Allah make him reach al-Dhahabi's rank in the hadith sciences."11
6. Al-Suyuti said: "Hadith scholars today depend on four figures in the field of narrator-criticism and other related fields: al-Mizzi, al-Dhahabi, al-`Iraqi, and Ibn Hajar."12
7. Al-Shawkani said: "All his books are well-received and sought after.... Historians, from his time onwards, generally depend on him. None has gathered up as much as he in this science."13
8. Ibn al-Subki also criticized al-Dhahabi's anti-Ash`arism and Hanbali leanings in doctrine, calling him one of the greatest propagators of anthropomorphism.14 Elsewhere he states: "Our shaykh al-Dhahabi - may Allah have mercy on him - with all his learning and piety, displays an excessive bias against Ahl al-Sunna; it is not permitted to follow him in this opinion.... Nor is it permissible to rely on our shaykh al-Dhahabi whenever he commends a Hanbali or blames an Ash`ari."15
8. Al-Suyuti also marked his distate for al-Dhahabi's aspersions against early and late Sufi authorities as noted further below. Among the worst examples of al-Dhahabi's bias against Sufis are his aspersions against Abu Yazid al-Bistami and al-Hakim al-Tirmidhi in Siyar A`lam al-Nubala'.16

Among al-Dhahabi's works:17
1. Tarikh al-Islam, the largest biographical encyclopedia in Islam. Ibn Hajar received it from Abu Hurayra ibn al-Dhahabi.18
2. Al-`Ibar bi Akhbar Man `Abar, a condensed biographical history with emphasis on scholars.
3. Duwal al-Islam, a condensed biographical history with emphasis on political figures and events.
4. Siyar A`lam al-Nubala' ("Lives of the Elite of the Nobility"), a unique encyclopedia of biographical history, shorter than Tarikh al-Islam but often containing new material. Al-Dhahabi's method in these works is comprehensive yet concise, showing meticulous scholarship and analysis of both transmission chains and content as well as a preoccupation with doctrine on what he considered the principles of the Salaf. On the topic of travelling to visit the Prophet -- Allah bless and greet him -- he marks his dissent with his contemporary, Ibn Taymiyya, by writing:
Al-Hasan ibn al-Hasan ibn `Ali relates that he saw a man standing in front of the house which contains the grave of the Prophet -- Allah bless and greet him --, invoking Allah's blessings upon him, whereupon he said to the man: Do not do that, for Allah's Messenger said: "Do not make (the visit to) my grave an anniversary festival (`id), nor turn your houses into graves. Invoke blessings upon me wherever you are, for your invocation reaches me." This narration is missing the Companion-link (mursal) and what al-Hasan adduces in his fatwa is worthless as a proof, because one who stands before the blessed Chamber (hujra) in all humility and submission, invoking blessings upon his Prophet -- Allah bless and greet him -- - O how blessed that one is! For he has made his visitation excellent, and beautified it with humbleness and love, and he has performed more worship than the one who invoked blessings on the Prophet -- Allah bless and greet him -- from his own land or in his prayer. The reason is that the one who performs visitation has both the reward of visiting him and that of invoking blessings upon him; while those who invoke blessings upon him from all over the world only have the reward of invoking blessings upon him; and upon whomever invokes blessings once, Allah sends ten blessings.
But the person who visits the Prophet -- Allah bless and greet him -- and does not observe decorum in his visitation, or prostrates to the grave, or does something outside the Law, such a person has done both good and bad. He must be taught gently. Allah is forgiving and merciful. By Allah! The Muslim is not moved to distraction and lamentation and kissing the walls and weeping much, except because he is a lover of Allah and of His Prophet. His love is the standard and the distinguishing mark between the people of Paradise and the people of Hellfire. The visit to his grave is among the best of the acts by which one draws near to Allah.
As for travelling to visit the graves of Prophets and saints, even if we should concede that there is no authorization for it due to the general sense of the Prophet's -- Allah bless and greet him -- saying: "Mounts are not saddled except to go to three mosques," nevertheless saddling the mounts to go visit the Prophet -- Allah bless and greet him -- is intrinsic to saddling them to go visit his mosque - which is sanctioned by the Law without contest - for there is no access to his Chamber except after entering his mosque. Therefore let his visitor begin by greeting the mosque, then turn to greet the master of the mosque. May Allah grant us this, and also to you. Amin!"19
5. Tadhkira al-Huffaz ("The Memorial of the Hadith Masters"), without peer in Islamic literature, a chronological history of the biography-layers of the hadith masters beginning with Abu Bakr al-Siddiq and ending with al-Dhahabi's own time. Each entry contains, in addition to biographical data, a hadith transmitted to al-Dhahabi through a chain containing the entry's subject. Ibn Hajar received it from Abu Hurayra ibn al-Dhahabi.20 Al-Suyuti condensed and updated it in Tabaqat al-Huffaz, followed by others.21
6. Al-Mu`in fi Tabaqat al-Muhaddithin, a compendium of hadith scholars.
7. Tabaqat al-Qurra' ("Biography-Layers of the Qur'anic Scholars").
8. Tadhhib Tahdhib al-Kamal, an abridgment of al-Mizzi's 35-volume compendium of historical biographies for hadith narrators cited in the Six Books of hadith. [The two Sahihs and the Four Sunan]
9. Al-Kashif fi Ma`rifa Man Lahu Riwaya fi al-Kutub al-Sitta, an abridgment of the Tadhhib.
10. Al-Mujarrad fi Asma' Rijal al-Kutub al-Sitta, an abridgment of the Kashif.
11. Mizan al-I`tidal fi Naqd al-Rijal, an authoritative manual of weak narrators abridging and improving upon Ibn `Adi's al-Kamil fi al-Du`afa', the first work of its kind. Al-`Iraqi improved upon it in Dhayl al-Mizan, then his student Ibn Hajar in Lisan al-Mizan, then more recently al-`Awni in Dhayl Lisan al-Mizan. Al-Dhahabi's distinctive anti-Sufi and anti-Ash`ari mark can be observed in many entries of the Mizan, notably that of the early Sufi mutakallim al-Harith al-Muhasibi in which he quotes the aspersions of the hadith master Abu Zur`a then exclaims:
And where are the likes of al-Harith al-Muhasibi! How then if Abu Zur`a saw the books of later Sufis such as the Qut al-Qulub of Abu Talib [al-Makki], and where are the likes of the Qut? How then if he saw Bahjat al-Asrar of Abu Jahdam, and Haqa'iq al-Tafsir of al-Sulami, he would jump to the ceiling! How then if he saw the books of Abu Hamid al-Tusi [Imam al-Ghazzali]....? the Ghunya of shaykh `Abd al-Qadir [al-Gilani]... the Fusus al-Hikam and Futuhat al-Makiyya [of Ibn `Arabi]?22
Imam al-Suyuti responded to al-Dhahabi's above insinuations in the following words:
Do not let al-Dhahabi's mumblings deceive you, for he went so far as to mumble against Imam Fakhr al-Din ibn al-Khatib [al-Razi] and against one who is greater than the Imam, namely, Abu Talib al-Makki the author of Qut al-Qulub, and against one who is greater than Abu Talib, namely, Shaykh Abu al-Hasan al-Ash`ari, whose fame has filled the firmaments! And al-Dhahabi's books are filled with that: al-Mizan, al-Tarikh, and Siyar al-Nubala'. Are you going to accept his words against their likes? Never, by Allah! His word is not accepted concerning them. Rather, we respect their right over us and render it to them in full.23
12. Al-Mughni fi al-Du`afa', an abridgment of the Mizan.
13. Al-Ruwat al-Thiqat al-Mutakallim Fihim Bima La Yujibu Raddahum ("The Trustworthy Narrators Whose Reliability Was Investigated For Matters Which Do Not Justify Their Rejection"). In it he states:
I have included in my book [Mizan al-I`tidal] a great number of trustworthy narrators whom Bukhari and Muslim or others relied upon. I cited them only due to the fact that they had been cited in previous manuals of narrator-discreditation. Not that I saw any weakness in them whatsoever, but I wanted only to make a note that they had been cited. Time and again I still encounter the name of a firmly established, trustworthy narrator about whom some question was raised without consequence for his status. If we were to open wide the door of a certain type of internecine criticism, we would be bringing into it droves of Companions, Successors, and Imams of the Religion. For some of the Companions declared others disbelievers because of some interpretation on the latter's part.24 May Allah be well-pleased with all of them and forgive them! They were not immune to sin, nor do their divergences and internecine fighting for causes which normally result in discreditation, provide a precedent in principle for us. Nor did the Khawarij's declaration of apostasy against the Companions affect the reliability of the latter as narrators in the least. On the contrary, the pronouncements of the Khawarij and Shi`a against the Companions became a discreditation for the critics themselves.25 Consider, then, the immense wisdom of your Lord! We ask Allah to grant us safety.
Likewise, much of the criticism of contemporaries against one another must be sealed up and not reported. I shall now expand on this and say what the criterion is between the accepted and the rejected type of discreditation.
As for the Companions, their case is sealed up no matter what took place between them. Our belief and practice is that they are all utterly upright (`udul).26
As for the Successors, one can hardly find a deliberate liar among them although some of them commit mistakes and errors. Whoever has rare mistakes is nevertheless accepted as an authority. Likewise those considered mines of knowledge even if their mistakes are many, although the imams disagree whether the latter category are considered proofs....
As for those whose mistakes and singularities (ghara'ib) are abundant, their narrations do not carry probative weight. This type is hardly found among the early Successors, but more in succeeding generations.
Among the students of the Successors are found deliberate liars and those with abundant mistakes and disarray. Consequently, their narrations were discarded.27
14. Man Tukullima Fihi wa Huwa Muwaththaq aw Salih al-Hadith ("Narrators Whose Reliability Was Questioned Whereas They Are Reliable or Passable").28
15. Dhikr Man Yu`tamad Qawluhu fi al-Jarh wa al-Ta`dil ("Those Whose Evaluations Are Relied Upon in Narrator-Criticism").
16. Mukhtasar Sunan al-Bayhaqi.
17. Mukhtasar Kitab al-Wahm wa al-Iham li Ibn al-Qattan.
18. Al-Tajrid fi Asma' al-Sahaba, a dictionary of the Companions.
19. Mukhtasar al-Mustadrak li al-Hakim, a critical abridgment of al-Hakim's Mustadrak.
20. Mukhtasar Tarikh Naysabur li al-Hakim, an abridgment of al-Hakim's biographical history of the scholars of Naysabur.
21. Al-Muntaqa Min Tarikh Khwarizm li Ibn Arslan, an epitome of the first volume of an eight-volume history of Khwarizm by a contemporary of Ibn `Asakir.
22. Mu`jam al-Shuyukh in a large version entitled al-Kabir and a smaller one entitled al-Saghir or al-Latif. These Mu`jams are a fascinating chronicle of al-Dhahabi's shaykhs through meetings or correspondence. The Kabir contains biographies of about 1,300 of his shaykhs.29 In the entry devoted to Ahmad ibn `Abd al-Mun`im al-Qazwini, al-Dhahabi writes the following lines:
Ahmad ibn al-Mun`im related to us... [with his chain of transmission] from Ibn `Umar that the latter disliked to touch the Prophet's -- Allah bless and greet him -- grave. I say: He disliked it because he considered it disrespect. Ahmad ibn Hanbal was asked about touching the Prophet's -- Allah bless and greet him -- grave and kissing it and he saw nothing wrong with it. His son `Abd Allah related this from him. If it is asked: "Why did the Companions not do this?" We reply: "Because they saw him with their very eyes when he was alive, enjoyed his presence directly, kissed his very hand, nearly fought each other over the remnants of his ablution water, shared his purified hair on the day of the greater Pilgrimage, and even if he spat it would virtually not fall except in someone's hand so that he could pass it over his face. Since we have not had the tremendous fortune of sharing in this, we throw ourselves on his grave as a mark of commitment, reverence, and acceptance, even to kiss it. Do you not see what Thabit al-Bunani did when he kissed the hand of Anas ibn Malik and placed it on his face saying: "This is the hand that touched the hand of Allah's Messenger"? Muslims are not moved to these matters except by their excessive love for the Prophet -- Allah bless and greet him --, as they are ordered to love Allah and the Prophet -- Allah bless and greet him -- more than their own lives, their children, all human beings, their property, and Paradise and its maidens. There are even some believers that love Abu Bakr and `Umar more than themselves...
Do you not you see that the Companions, in the excess of their love for the Prophet -- Allah bless and greet him --, asked him: "Should we not prostrate to you?" and he replied no, and if he had allowed them, they would have prostrated to him as a mark of utter veneration and respect, not as a mark of worship, just as the brothers of the Prophet Yusuf prostrated to him. Similarly the prostration of the Muslim to the grave of the Prophet -- Allah bless and greet him -- is for the intention of magnification and reverence. One is not to be accused of disbelief because of it whatsoever (la yukaffaru aslan), but he is being disobedient [to the Prophet's injunction to the Companions]. Let him, therefore, be informed that this is forbidden. It is likewise in the case of one who prays towards the grave."30
Do you not you see that the Companions, in the excess of their love for the Prophet -- Allah bless and greet him --, asked him: "Should we not prostrate to you?" and he replied no, and if he had allowed them, they would have prostrated to him as a mark of utter veneration and respect, not as a mark of worship, just as the brothers of the Prophet Yusuf prostrated to him. Similarly the prostration of the Muslim to the grave of the Prophet -- Allah bless and greet him -- is for the intention of magnification and reverence. One is not to be accused of disbelief because of it whatsoever (la yukaffaru aslan), but he is being disobedient [to the Prophet's injunction to the Companions]. Let him, therefore, be informed that this is forbidden. It is likewise in the case of one who prays towards the grave."30
23. Al-Mu`jam al-Mukhtass bi Muhaddithi al-`Asr, listing only his shaykhs in hadith and containing a unique autobiographical entry:
Muhammad ibn Ahmad ibn `Uthman... the teacher of Qur'an and hadith scholar and author of this compendium. Born in the year 73. Abu Zakariyya ibn al-Sayrafi gave him a certification [in narration] as well as Ibn Abi al-Khayr, al-Qutb ibn `Asrun, al-Qasim al-Irbili, and a number of others. In Damascus he heard hadith from `Umar ibn al-Qawwas, in Ba`labak from al-Taj ibn `Alwan, in Cairo from al-Dimyati, in al-Qarafa from al-Abarquhi, in al-Thaghr from al-Gharrafi, in Mecca from al-Tawzari, in Aleppo from Sunqur al-Zayni, and in Nabulus from al-`Imad ibn Badran. He compiled works which are said to be beneficial. The congregation of scholars grace him with compliments but he knows himself better, being well aware of his shortcomings in knowledge and deeds. Reliance is upon Allah. There is no change nor power except with Him. If the fact that I have faith is granted, then I cry victory!31
Ibn Hajar received all three Mu`jams from Abu Hurayra ibn al-Dhahabi.32
24. Al-Amsar Dhawat al-Athar ("Cities Rich in Historical Relics"), which begins with the description of Madina al-Munawwara.
25. Mukhtasar al-Muhalla li Ibn Hazm, an abridgment of Ibn Hazm's fiqh manual.
26. Naba' al-Dajjal, a monograph on the hadiths and reports that mention the Anti-Christ.
27. Al-Kaba'ir ("The Enormities"), his most widely circulating book. He defines an enormity as any sin entailing either a threat of punishment in the hereafter explicitly mentioned in the Qur'an or hadith, a prescribed legal penalty (hadd), or a curse by Allah or His Messenger -- Allah bless and greet him --.
28. Bayan Zaghl al-`Ilm wa al-Talab in which al-Dhahabi states: "Ibn Taymiyya was considered by his enemies to be a wicked Anti-Christ and disbeliever, while great numbers of the wise and the elite considered him an eminent, brilliant, and scholarly innovator (mubtadi` fadil muhaqqiq bari`)."33
29. An epistle entitled al-Nasiha al-Dhahabiyya written when al-Dhahabi was around fifty-five years of age and addressed to Ibn Taymiyya towards the end of his life. In this brief but scathing epistle the author distances himself from his contemporary and admonishes him without naming him, calling him "an eloquent polemicist who neither rests nor sleeps."34 A "Salafi" apologist recently cast doubt on the authenticity of al-Dhahabi's authorship of this epistle, also claiming that, even if al-Dhahabi wrote it, then it is directed to someone other than Ibn Taymiyya.35 However, both Salah al-Din al-Munajjid and Dr. Bashshar `Awwad Ma`ruf declared that there was no doubt al-Dhahabi wrote it towards the end of his life and addressed Ibn Taymiyya.36 Ibn Hajar voiced no doubt as to the authenticity of this epistle as attributed to al-Dhahabi,37 nor al-Sakhawi who calls it "a glorious statement of doctrine."38 In particular the Nasiha contains the following prophetic description of Taymiyya-followers in our time:
"Oh the disappointment of him who follows you! For he is exposed to corruption in basic beliefs and to dissolution. Particularly if he is short of learning and religion, a self-indulgent idler who does well for you by fighting on your behalf with his hand and tongue, while he is actually your enemy in his being and heart. What are your followers but hidebound do-nothings of little intelligence, common liars with dull minds, silent outlanders strong in guile, or dryly righteous without understanding? If you do not believe it, just look at them and honestly assess them."39
30. Al-Dinar Min Hadith al-Mashayikh al-Kibar, a brief compendium of narrations al-Dhahabi heard from aged shaykhs, in pursuit of shorter transmission chains.
31. Fadl Aya al-Kursi,
32. Al-Musalsal bi al-Awwaliyya, all three of which Ibn Hajar heard from Abu Hurayra ibn al-Dhahabi.40
33. Al-`Uluw li al-`Ali al-Ghaffar ("The Exaltation of the All-High and Most-Forgiving"), a book written under Ibn Taymiyya's influence - as stated by al-Kawthari in his Maqalat - when al-Dhahabi was twenty-five and which he later disavowed as related by its copyist the hadith master Ibn Nasir al-Din al-Dimashqi (d. 842):
Its author stated - as Allah is His witness - in his own hand-writing as I read it in the margin of the original manuscript written in the year 698:
"This book contains narrations against the unreliability of which I am cautioning the reader, and the statements of a number of people who spoke in outlandish terms. Neither do I subscribe to their terms, nor do I imitate them. May Allah forgive them! Nor will I ever consider myself bound by such terms. This is my belief, and I know that Allah – "There is nothing whatsoever like unto Him" (42:11)!"41
Al-Dhahabi nevertheless commits several blunders in al-`Uluw, despite its small size, because of his evident search for evidence that supports the conception of Allah's literal height so dear to his teacher. The most glaring of those mistakes are the inaccurate referencing of several narrations to al-Bukhari or Muslim or both when in fact they are not narrated by them. For example:
1) He cites the hadith of `Imran ibn Husayn from the Prophet -- Allah bless and greet him -- with the wording: "Allah was on the Throne (kana Allah `ala al-`arsh), and He was before everything, and He wrote on the Tablet everything that shall ever be." Then he says: "This is a sound hadith, al-Bukhari narrates it in several places."42 However, none of the versions al-Bukhari narrates in several places of his Sahih contains the words "Allah was on the Throne," by which al-Dhahabi purports to support the anthropomorphist perspective of his book. Nor is this wording found in any authentic hadith in the first place, nor is it found in any book of hadith, whether authentic or forged.43
2) He cites a hadith whereby Ibn `Abbas explains the verses "the heaven that He built, He raised the height thereof and ordered it" (79:28) to mean: "He created the earth two days before the heaven, then He turned to the heaven and ordered them in two other days, then He descended to the earth (thumma nazala ila al-ard) and spread it, its spreading meaning that He brought forth from it water and pasture." Then al-Dhahabi said: "al-Bukhari narrated it from Yusuf ibn `Adi [twice], once with part of its chain."44 However, nowhere in his Sahih does al-Bukhari mention the phrase "then He descended to the earth" upon which al-Dhahabi depends so as to include it as evidence for literal height. That phrase is only found in two very weak narrations outside al-Bukhari, one by al-Tabarani, the other by Abu al-Shaykh.45 The sound narration found in al-Bukhari states that Ibn `Abbas said: "He created the earth in two days, then He created the heaven, then He turned to the heaven and ordered them in two other days, then He spread the earth, its spreading meaning that He brought forth from it water and pasture."
3) He refers a hadith to al-Bukhari and Muslim thus: "It is narrated in the two Sahihs that the Prophet -- Allah bless and greet him -- supplicated Allah on behalf of a group of people saying: `May the pious eat from your food, may those who fast break their fast in your house, may the angels invoke blessings upon you, and may Allah mention you among those who are with Him.'"46 However, nowhere in the two Sahihs is the phrase "may Allah mention you among those who are with Him" found. It is a measure of al-Albani's overall unreliability that he caught only one out of these three mistakes, confirming al-Dhahabi on (1) and (2) but correcting him on (3).47
Al-Dhahabi defined knowledge in Islam (al-`ilm) as "Not the profusion of narration, but a light which Allah casts into the heart. Its condition is followership (ittiba`) and the flight away from egotism (hawa) and innovation."48
At the mention of al-Harawi al-Ansari's Sufi manual Manazil al-Sa'irin in the Siyar al-Dhahabi exclaims:
How beautiful was the tasawwuf of the Companions and Successors! They did not probe those phantasms and whisperings of the mind but worshipped Allah, humbling themselves and relying upon Him, in great awe and fear of Him, fiercely combating His enemies, hastening to obey Him, staying away from idle speech. Allah guides whomever He wills to the straight path.49
Main sources
Ibn al-Subki, Tabaqat al-Shafi`iyya al-Kubra 9:100-106 #1306; Sa`d, Safahat fi Tarjima al-Hafiz al-Dhahabi.


NOTES
1As stated by al-Sakhawi in al-Daw' al-Lami` (8:103).2 Siyar A`lam al-Nubala' [SAN] (17:118-119 #6084, 16:300-302 #5655).3Al-Dhahabi, al-Mu`jam al-Kabir (1:37).4Cf. al-`Uluw (Abu al-Fath) and al-Muqiza (Ibn Wahb).5Al-Dhahabi, al-Mu`jam al-Kabir (2:244).6Ibn Kathir, al-Bidaya (14:131-132); Ibn Hajar, al-Durar al-Kamina (4:193); Ibn al-Subki, Tabaqat al-Shafi`iyya al-Kubra (9:191).7Of al-Mizzi and al-Dhahabi Ibn al-Subki also said: "Neither of them knew anything about the rational sciences (al-`aqliyyat)" i.e. kalam and debate. Cited by al-Sakhawi in al-I`lan (p. 75).8Al-Safadi, al-Wafi bi al-Wafayat (2:163).9Ibn Hajar, al-Durar al-Kamina (3:426-427).10Ibn Hajar, Sharh al-Nukhba (p. 136).11Al-Sakhawi, al-I`lan (p. 76).12Al-Suyuti, Tabaqat al-Huffaz (p. 518).13Al-Shawkani, al-Badr al-Tali` (p. 627).14In Tabaqat al-Shafi`iyya al-Kubra (3:352-354, 8:88-89, 9:103). For example, an odd report brought up by Ibn Abi Ya`la, then exhibited by al-Dhahabi - despite its unreliability - depicts a fawning Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari enumerating before the Hanbali scholar Abu Muhammad al-Barbahari his refutations of the Mu`tazila and defense of Ahl al-Sunna in order to win his approval, to which the Hanbali coolly responds: "We only know what Ahmad ibn Hanbal said." [In Tabaqat al-Hanabila (2:18) with a chain of unknown narrators.] Al-Dhahabi cites this report at the opening of his biographical notice on al-Barbahari in the Siyar directly following the extremely brief notice on Imam al-Ash`ari without questioning it in the least. [In the Siyar (11:543) without chain.] Another blatant lapse in this regard is al-Dhahabi's mention of a report whereby Zahir ibn Ahmad, peeking into his teacher's house through a hole, observed al-Ash`ari urinating then went in, after which he saw him proceed to pray without ablution. This report is narrated through a chain missing all but three narrators, one of them the peeping Tom and the other two arch-enemies of the Ash`ari school. [Narrated from Zahir ibn Ahmad in the Siyar (12:504) with a chain containing Yahya ibn `Ammar al-Shaybani and his student `Abd Allah al-Harawi al-Ansari. Of the first al-Dhahabi said in the Siyar (13:310 #3932): "His zeal against innovators and the Jahmiyya pushed him to trespass the way of the Salaf"; while the second was repeatedly jailed then expelled from Herat for inciting violence against students of the Ash`ari school.] Yet al-Dhahabi goes on to say: "Perhaps he forgot to make ablution," implicitly declaring this story authentic when it is evidently unreliable. Al-Shawkani in al-Badr al-Tali` (p. 627-628) and Shaykh `Abd al-Fattah Abu Ghudda in his edition of Ibn al-Subki's Qa`ida fi al-Jarh wa al-Ta`dil defend al-Dhahabi from these charges but neither addresses the issue of anthropomorphism. Ibn al-Subki also criticizes al-Dhahabi's neglect of Hanafi scholars in his historical reference works such as the Siyar and Tarikh al-Islam. Al-Shawkani's reply that al-Dhahabi concentrated on hadith scholars somewhat explains this neglect, but does not excuse the omission of the likes of Abu Mansur al-Maturidi. Abu Ghudda also disputes Ibn al-Subki's claim that al-Dhahabi shows bias against Sufis by quoting his praise of Sufis in countless places of his works. It is evident that al-Dhahabi marks his disapproval of anything that deviates inexcusably, in his view, from the Sunna, even in the lives and words of the Sufis of the Salaf, not to mention later figures. This has led his student Ibn al-Subki, al-Suyuti, al-Lucknawi and others, to lay the charge of disrespect at his door despite their admiration, and Allah knows best.15Ibn al-Subki, Qa`ida (p. 32-37, 59-60), Tabaqat al-Shafi`iyya al-Kubra [TSK] (2:13-16). Cf. Al-Sakhawi, al-I`lan (p. 75).16Al-Dhahabi, SAN (11:14-15 #2434).17For a complete list see the biographical entries on al-Dhahabi in Ibn al-Subki's Tabaqat, Ibn Hajar's Durar, al-Suyuti's Tabaqat, Ma`ruf's al-Dhahabi, and Sa`d's Safahat.18Ibn Hajar, al-Mu`jam (p. 400 #1773).19Al-Dhahabi, Siyar (Arna'ut ed. 4:484-485). Shaykh Shu`ayb Arna'ut comments: "The author meant by this excursus to refute his shaykh, Ibn Taymiyya."20Ibn Hajar, al-Mu`jam (p. 400 #1774).21 Tadhkira al-Huffaz. 4 vols. in 2. Ed. 'Abd al-Rahman ibn Yahya al-Mu'allimi. A fifth volume, titled Dhayl Tadhkira al-Huffaz, consists in al-Husayni's Dhayl Tadhkira al-Huffaz, Muhammad ibn Fahd al-Makki's Lahz al-Alhaz bi Dhayl Tadhkira al-Huffaz, and al-Suyuti's Dhayl Tabaqat al-Huffaz. Ed. Muhammad Zahid al-Kawthari. Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi and Dar al-Kutub al-'Ilmiyya, n.d. Reprint of the 1968 Hyderabad edition.22Al-Dhahabi, Mizan (1:430 #1606).23Al-Suyuti, Qam` al-Mu`arid bi Nusra Ibn al-Farid ("The Taming of the Objector With the Vindication of Ibn al-Farid") in his Maqamat (2:917-918) and as quoted by Imam al-Lucknawi in al-Raf` wa al-Takmil fi al-Jarh wa al-Ta`dil (p. 319-320)24One is hard put to find an example of a Companion declaring another Companion a disbeliever.25Of the same type of self-damning criticism in our time are the pronouncements of `Abd Allah al-Harari and his Habashi or Ahbash sect against the Companions in his book al-Dalil al-Shar`i `ala Ithbat `Isyan Man Qatalahum `Ali Min Sahabi aw Tabi`i ("The Legal Proof For Affirming the Sin of Whoever `Ali Fought Against Among the Companions and Successors"), not to mention their attacks against contemporary Sunni figures such as Dr. Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti, Dr. Muhammad ibn `Alawi al-Maliki, Shaykh Muhammad Rajab Dib, and our shaykh Mawlana al-Shaykh Nazim al-Qubrusi.26This is the position of Ahl al-Sunna including the Imams of the Four Schools of Law and the two doctrinal schools, those of hadith, and those of tasawwuf. Whoever differs from the position stated by al-Dhahabi is considered to deviate from Sunni doctrine in this respect as indicated by `Umar ibn `Abd al-`Aziz (see p. 671).27Quoted in Ibn al-Subki, Tabaqat al-Shafi`iyya al-Kubra (9:111-112).28Sa`d in Safahat (p. 22) pointed out that Dr. Awwad's concatenation in al-Dhahabi (p. 192-193 #90) of this and the previous entry into a single work entitled Dhikr Man Tukullima Fihi wa Huwa Muwaththaq ("Narrators Whose Reliability Was Questioned Whereas They are Reliable") was an error on his part.29A number of entries devoted to al-Dhahabi's Sufi shaykhs of hadith were translated in the volume on tasawwuf of Shaykh Hisham Kabbani's "Encyclopedia of Islamic Doctrine."30Al-Dhahabi, Mujam al-Shuyukh (1:73 #58).31Al-Mu`jam al-Mukhtass fo 30a, as cited by Sa`d in Safahat (p. 18-19).32Ibn Hajar, al-Mu`jam (p. 194-195 #795-797).33Cited in al-Sakhawi, al-I`lan (p. 78).34Al-Dhahabi, al-Nasiha al-Dhahabiyya, in the margin of his Bayan Zaghl al-`Ilm wa al-Talab, ed. al-Kawthari (Damascus: Qudsi, 1928-1929); also in Shaykh al-Islam Ibn Taymiyya, Siratuhu wa Akhbaruhu `Inda al-Mu'arrikhin, ed. Salah al-Din al-Munajjid (Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi, 1976) p. 11-14.35Muhammad al-Shaybani, al-Tawdih al-Jali fi al-Radd `ala al-Nasiha al-Dhahabiyya al-Manhula `ala al-Imam al-Dhahabi (al-Kuwait: Markaz al-Makhtutat wa al-Turath, 1993). This type of revisionist scholarship is reminiscent of the story-teller who was caught by Imam Ahmad saying: "Ahmad ibn Hanbal narrated to us..." whereupon the unfazed fibber replied: "I meant another Ahmad ibn Hanbal, not you!"36Cf. Bashshar `Awwad Ma`ruf, al-Dhahabi (p. 146). Two extant manuscripts of the Nasiha are kept, one in Cairo at the Dar al-Kutub al-Misriyya (#B18823) copied by Ibn Qadi Shuhba and one in Damascus at the Zahiriyya library (#1347).37In al-Durar al-Kamina (1:166).38In al-I`lan wa al-Tawbikh (p. 77=54).39See http://ds.dial.pipex.com/masud/ISLAM/misc/dhahabi.htm for a full translation of the Nasiha.40Ibn Hajar, al-Mu`jam (p. 111 #389; p. 162 #609).41Cited and photo-reproduced at the beginning of Shaykh Hasan `Ali al-Saqqaf's edition of al-Dhahabi's `Uluw (p. 3-4).42Al-Dhahabi, al-`Uluw (239-240 #112) and Mukhtasar al-`Uluw (p. 98 #40).43On the hadith of `Imran ibn Husayn see our post "Allah Is Now As He Ever Was."44Al-Dhahabi, al-`Uluw (p. 216 #77) and Mukhtasar al-`Uluw (p. 94 #26).45Al-Tabarani in al-Kabir (10:245-246) with a chain containing Ahmad ibn Muhammad ibn Hajjaj al-Misri, who Ibn `Adi said was accused of lying, as stated by al-Dhahabi himself in Mizan al-I`tidal (1:133 #538); Abu al-Shaykh, al-`Azama (3:1039) with a chain containing al-`Ala' ibn Hilal ibn `Umar al-Bahili who is very weak as stated in Arna'ut and Ma`ruf's al-Tahrir (3:132 #5259) and accused by some of forgery as stated by al-Dhahabi himself in al-Mizan (3:106 #5748) and in al-Tahrir.46Al-Dhahabi, al-`Uluw (p. 335 #225) and Mukhtasar al-`Uluw (p. 123 #84).47 See Mukhtasar al-`Uluw (p. 98 #40, p. 94 #26, and p. 123 #84).48 Siyar A`lam al-Nubala' (10:642).49 Siyar A`lam al-Nubala' (14:42).

Blessings and peace on the Prophet, his Family, and all his Companions.

Al-Qaradhawi Nasihat Malaysia Pelihara aqidah Asyairah dan Mazhab al-Shafi'iy

Assalamualaikum,

Saya sertakan petikan berita ini yang asalnya daripada Islamonline website yang memang salah satu website Syeikh al-Qaradhawi. Saya ambil daripada satu website baru yang bagus,

http://jomfaham.blogspot.com/2009/12/saranan-dr-al-qaradhawi-agar-aqidah-al.html


Disebutkan dalam islamonline.net di bawah tajuk:

“القرضاوي يدعو ماليزيا للتمسك بشخصيتها الإسلامية”
(Maksudnya: Al-Qaradhawi mengajak Malaysia agar Berpegang dengan Jati Diri/Peribadi Keislamannya)
antaranya
:الدوحة- دعا العلامة الشيخ يوسف القرضاوى
ماليزيا إلى المحافظة على شخصيتها الإسلامية المتمثلة في مذهبها الشافعي وعقيدتها الأشعرية للوقوف أمام أي تسلل فكري من الخارج.

Maksudnya:Dhoha- Al-Allamah As-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru kepada negara Malaysia agar menjaga syakhsiyyah (peribadi, jati diri atau ciri-ciri) keislamannya yang terzahir daripada mazhabnya As-Syafi’e dan aqidahnya (masyarakat Islam Malaysia) yang Al-Asy’ari untuk berdiri menghadapi dan mendepani serangan pemikiran dari luar.

وخلال لقائه أمس مع رئيس الوزراء الماليزي نجيب تون رزاق، دعا الشيخ القرضاوي رئيس الوزراء والعلماء للتكاتف من أجل المحافظة على الشخصية الإسلامية الماليزية "أشعرية العقيدة شافعية المذهب" لمواجهة أي تسلل فكري ومذهبي وافد من الخارج يشتت وحدتهم ويفسد عقيدتهم.

Maksudnya:Pada pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia semalam iaitu (Dato’ Seri) Najib Tun Razak, Sheikh Al-Qaradhawi mengajak Perdana Menteri dan para ulama’ agar bersatu padu untuk menjaga jati diri keislaman (Syahksiyyah Islamiyyah) Malaysia yang bersifat “Asy’ari dari sudut aqidah dan Syafi’e dari sudut mazhab” untuk menghadapi segala ancaman pemikiran dan mazhab dari luar yang memecah belahkan kesatuan mereka dan merosakkan aqidah mereka.Kemudian disebutkan:

وعقب رئيس الوزراء الماليزي على كلام الشيخ القرضاوي، مؤكدا حرص حكومته على أن تبقى الشخصية الإسلامية الماليزية بعيداً عن الخلافات المذهبية التي تشتت ولا تجمع.

Maksudnya:Perdana Menteri memberi ulasan terhadap perkataan Sheikh Al-Qaradhawi dengan menegaskan bahawasanya kerajaan akan terus mengekalkan jati diri (syakhsiyyah) keislaman negara Malaysia agar jauh daripada perselisihan mazhab yang memecah-belahkan umat dan tidak menyatukan mereka.

Rujukan:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1260258249444&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout

Friday, November 27, 2009

Mencari Kebenaran Dalam Beragama


Mencari Kebenaran Dalam Beragama

Dari neraca agama, hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama.

Antara Yang Zahir dan Yang Benar

Ada beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang batil atau keliru dalam agama pula sering turut bercampur dengan kebenaran. Jadi perlulah diingat bahawa kebatilan yang bercampur kebenaran itu lebih berbahaya berbanding dengan kebatilan tulen yang tidak bercampur kebenaran. Samalah seperti bahayanya hidangan menarik yang mengandungi racun berbisa. Disamping itu, dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya, saya dapati, ramai juga yang mudah terkeliru dan tidak dapat membebaskan diri daripada kerangka persaingan politik kepartian dalam menilai isu-isu agama. Sedangkan sering juga isu agama yang timbul adalah pertembungan fahaman dan prinsip yang lebih mendasar dan melangkaui batas politik kepartian.

Petua-petua Utama.

Mencari yang benar dan salah dalam hal agama bukannya mudah dan merupakan ibu segala pencarian dalam hidup manusia. Tiada yang akan berjaya tanpa usaha yang disertai rahmat dan hidayah Allah SWT. Dalam mencari yang kebenaran dalam agama, sangat bertepatan kita merujuk petua masyhur yang diungkapkan dengan fasih oleh Imam Ibnu Sirin dari kalangan Tabiin dalam pesannya, “Ilmu ini (ilmu-ilmu agama) adalah agama kamu, maka hendaklah seseorang itu benar-benar kenal (memilih) daripada siapa dia mengambil agamanya”. Inilah petua dan prinsip inspirasi Al-Quran dan al-Sunnah yang sangat asasi dan menyelamatkan. Menariknya, petua ini kurang ditekankan di kalangan mereka yang cenderung membawa fahaman yang Syaaz dikalangan umat ini. Mungkin kerana petua ini tidak menguntungkan mereka. Sebenarnya, jika petua yang satu ini benar-benar dihayati oleh anggota masyarakat, insyaAllah, mereka akan lebih mudah mengenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Cabaran mengenal-pasti sumber ikutan dan ambilan ilmu agama yang benar disukarkan lagi dengan munculnya, dari awal sejarah Islam, individu dan aliran sesat yang berwajah agama, siap dengan kelayakan zahiriyah dan retorik yang memukau. Contoh yang sangat jelas adalah episod Saidina Ali RA yang ditakdirkan terpaksa menghadapi fitnah kemunculan kelompok Khawarij. Mereka ini yang gagal betul-betul ‘mengenali’ Saidina Ali RA telah keluar dari mentaatinya atas niat dan asas keagamaan. Mungkin mereka pun merasa perlu membawa perubahan dan tajdid terhadap arus perdana Umat ketika itu. Seperti yang masyhur dalam sejarah Islam, kelompok Khawarij ini zahirnya sangat kuat berpegang dengan agama. Sangat kuat ibadahnya dan tinggi semangat agamanya tetapi terpesong daripada fahaman agama yang benar. Pembunuh Saidina Ali RA, Ibnu Maljam yang muncul daripada kalangan mereka diriwayatkan sedia menghadapi apa sahaja hukuman kecuali dipotong lidahnya kerana mahu lidahnya sentiasa basah dengan zikr. Saidina Ali yang berpengalaman dengan sepak-terajang kelompok sebegini ada berpesan, “Akan ada zamannya, dimana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi.”

Menginsafi pengajaran sejarah dan pesan Saidina Ali ini, janganlah kita mudah terpukau dengan semboyan-semboyan perubahan dan tajdid (pembaharuan). Tidak semua yang melaungkan tajdid itu mujaddid sebenar. Tidak semua orang berimej agama yang ditangkap, dipenjarakan atau diperangi itu pejuang agama yang hakiki! Janganlah kita mudah terkeliru dengan gelar, sijil dan pangkat. Sangat bahaya jika kita terlalu taksub kepada seseorang kerana satu-dua pandangannya yang kita minati atau kebetulan menghentam pihak yang kita tidak sukai. Kenalilah dan kajilah betul-betul seseorang tokoh agama sebelum mengikutnya atau mendokongnya habis-habisan. Janganlah terlalu mudah mempertaruhkan agama kita yang menjadi penentu untung-nasib kita di dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi.

Tolak Yang Syaaz, Ikutilah Arus Perdana

Selain daripada mengenali latarbelakang dan kecenderungan seseorang yang ingin diikuti, satu lagi panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi).

Dalam menilai aliran atau tokoh agama sering kali berlaku kekeliruan antara perjuangan yang Syaaz dan memperjuangkan pembaharuan (Tajdid) dalam agama. Islam bukannya anti-perubahan dan Tajdid adalah unsur dinamika yang penting didalam tradisi Islam. Tapi sebagai risalah terakhir yang terpelihara dan dijamin Tuhan Rabbul Jalil, ruang untuk perubahan dan Tajdid dalam Islam adalah jelas dan lebih terbatas berbanding dengan agama dan ideologi lain. Dalam agama Islam, kita boleh isytiharkan dengan yakin bahawa kita tidak perlukan seorang Martin Luther dengan gerakan reformasi Protestantnya seperti yang berlaku dalam sejarah Kristian. Dalam neraca Islam tuntutan perubahan diluar batas-batasnya bukanlah Tajdid yang hakiki tetapi adalah pandangan dan gerakan yang Syaaz. Yang meruntuh dan bukannya membina. Yang melemahkan bukannya menguatkan. Yang memecah-belahkan dan bukannya menyatukan.

Mengenali dan menolak yang Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, Surah al-Nisa` dan hadith yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini diatas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawaad al-A`zam (majority ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka” (Riwayat Abu Nu’aim, Hakim dan al-Tirmizi seperti disebut oleh al-`Ajluni dalam Kasyful al-Khafa’). Persoalan ini boleh didapati huraiannya dalam perbahasan berkaitan prinsip-prinsip Ijma`, Jumhur, Mu`tamad dan as-Sawaad al-A’zam dalam bab-bab ilmu yang berkaitan.

Untuk mengenali dan menilai seseorang adalah tidaklah memadai sekadar membaca kolumnya dan mendengar ucapan-ucapannya tanpa kemampuan menilainya secara kritikal daripada kerangka fahaman agama yang mendalam. Seperti yang kita sebutkan, dalam sejarah Islam, memang sering muncul orang-orang agama bijak berdalih dengan hujah dan dalil agama untuk mendokong fahamannya sehingga menyukarkan orang awam yang tidak kuat latar belakang agamanya serta tidak cukup maklumat untuk menilainya dengan saksama.

Tetapi berpandukan petua-petua utama yang baru kita himbau, kita sepatutnya sudah boleh membuat penilaian yang lebih tepat dalam isu beberapa aliran dan tokoh agama semasa yang timbul dalam masyarakat kita. Antara sikap dan pendirian yang Syaaz yang timbul dalam masyarakat kita ialah tidak boleh menerima perbezaan pandangan dalam isu-isu khilafiyyah. Ini merujuk kepada isu-isu yang mana terdapat perbezaan pandangan dikalangan mazhab dan ulama muktabar dalam dunia Islam. Sikap arus perdana dalam soal-soal sebegini adalah tidak menolak, memperlekehkan atau membid’ahkan amalan-amalan tersebut.

Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya didalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yaasin diwaktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi. Malah ada yang dengan sinis meminta mereka yang percaya dengan air jampi ini untuk terus menjampi sahaja air di empangan agar semua orang boleh jadi baik!

Ada juga percubaan memakaikan imej yang buruk terhadap pendekatan tarekat dalam dunia tasawuf dan keruhanian Islam sedangkan pendekatan tarekat diterima oleh majoriti umat ulama termasuk Ibnu Taymiyyah. Menolak dan mempermasalahkan tasawuf dan tarekat adalah sikap yang bertentangan dengan arus perdana ulama dan umat Islam. Ia juga bererti menolak dan mempertikaikan tokoh-tokoh ulama tanahair yang disepakati jasa dan sumbangan mereka dalam menegakkan agama Islam seperti Tok Kenali, Tuan Tabal, Tokku Paloh, Tok Selehor, Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Ahmad bin Hj. Mohd Said dan lain-lain yang kesemuanya mesra dengan dunia tasawuf dan tarekat. Sebenarnya kelompok sesat dan batil dalam tarekat adalah kelompok minoriti tetapi ada yang cuba memberi gambaran yang sebaliknya kepada masyarakat.

Akhir-akhir ini ada juga yang cenderung mempermasalahkan kedudukan mazhab Syafie sebagai mazhab utama dan rasmi di Negara kita. Sebenarnya pilihan ini adalah pilihan semulajadi berdasarkan sejarah sampainya dan tersebarnya Islam di Nusantara. Kita umumnya memahami sistem bermazhab yang menyebabkan kita tidak terlalu taasub mazhab Syafie. Cuma kita mungkin akan curiga jika ada amalan-amalan kita yang berdasarkan mazhab Syafie hendak dipertikaikan dan ditukar tanpa ada asas dan alasan yang kukuh serta dibuat diluar kerangka fatwa rasmi. Anehnya ada yang membayangkan kita terlalu taasub dengan Mazhab Syafie sehingga ke tahap menganggap Imam-imam lain seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad terkeluar daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jama`ah. Adakah ada dikalangan kita yang ada menganggap begitu?

Apapun nama dan gelarannya, tidaklah terlalu sukar mengenali yang tokoh atau aliran yang Syaaz dalam Islam. Jika pandangan dan kecenderungan seumpama ini diberi kebebasan untuk disebarkan dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif akan timbul. Selain kekeliruan fahaman agama sehingga ke tahap melanggar hak dan adab terhadap para ulama muktabar silam dan semasa, ia juga boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam masyarakat awam.

Peliharalah Keutuhan Umat

Dari masa ke semasa, Umat Islam di Malaysia di uji dengan munculnya tokoh dan aliran yang menggugat kesepakatan dan keutuhan dalam fahaman beragama. Berkat gandingan Umara-Ulama, setakat ini kesepaduan dan keutuhan suara Umat telah berjaya dipertahankan. Ini membolehkan umat Islam di Malaysia bertahan menghadapi pelbagai gugatan luar dan dalam. Kestabilan dalaman ini membolehkan kita memberi tumpuan kepada agenda lain yang lebih produktif dan membawa kesejahteraan kepada Umat. Tidak dinafikan kita masih dan terus menghadapi perselisihan politik antara parti-parti utama umat Islam di Negara kita dan hal yang satu ini pun sudah merupakan cabaran besar kepada kekuatan Umat. Jika kita tidak berhati-hati, suatu medan atau ‘front’ pertembungan dalaman yang lebih besar, memeritkan dan merugikan boleh muncul.

Saya baru pulang daripada jemputan lawatan sepuluh hari ke Jepun untuk belajar daripada pengalaman kejayaan negara tersebut. Saya perhatikan bahawa salah satu faktor utama disebalik kejayaan mereka adalah kestabilan dalaman masyarakat Jepun yang bersifat homogenous (tidak pelbagai) dari berbagai sudut. Malaysia ditakdirkan sebagai sebuah Negara pelbagai bangsa dan agama. Mengurus kepelbagaian ini tetap menjadi cabaran semulajadi yang besar dan berterusan serta menentukan jatuh-bangunnya Negara kita. Oleh itu amatlah tidak wajar kita hendak menambah lagi pertentangan dalaman dalam tubuh Umat yang akan lebih mengalihkan fokus kita daripada agenda yang lebih membina. WaLlahu a’lam, Semoga Allah Subahanahu Wataala menyelamatkan umat Islam di Malaysia dalam cabaran yang sedia kita hadapi dan menjauhkan kita daripada bebanan yang boleh dielakkan.

Yusri Bin Mohamad

Pensyarah UIAM, Bekas Presiden ABIM

Monday, November 9, 2009

Makluman

Saya ingin memaklumkan bahawa saya masih berada di Jepun atas urusan rasmi sejak 4 November sehingga Jumaat 13 November 2009. Maaf atas kesulitan melayani panggilan atau e-mail pengunjung blog buat masa ini. Harap Maklum.

Sunday, November 8, 2009

Memahami Isu Dr.Asri

Tulisan ini asalnya bertujuan sebagai respons khusus kepada dua tulisan terkini dalam kolum mingguan Dr. Asri Minda Tajdid yang bertajuk “Fitnah dan Perjuangan” dan “Sejarah Akan Berulang”. Walau bagaimanapun, oleh kerana sekarang ini pandangan masyarakat lebih tertumpu kepada isu penangkapan beliau, wajarlah disini kita soroti persoalan Dr. Asri secara lebih umum.

Apabila berita beliau ditahan tersebar, tidak kurang nampaknya yang simpati kerana asas penangkapannya, iaitu mengajar tanpa tauliah, dirasakan terlalu kecil untuk menangkap beliau. Manakala mereka yang lebih mengenali dan analitikal terhadap Dr. Asri pula beranggapan bahawa sememangnya beliau tidak wajar dibenarkan bebas menyebarkan pandangannya. Terlepas daripada soal wajar atau tidaknya Dr.Asri ditangkap, undang-undang yang mewajibkan tauliah untuk mengajar agama Islam tidaklah perlu dipertikaikan. (Apatah lagi secara dangkal dan kasar seperti Dr. Juanda, Mufti Perlis yang menggantikan Dr. Asri, yang menuduhnya sebagai lapuk dan warisan penjajah!). Undang-undang itu bukan sahaja bertujuan untuk mempastikan hanya mereka yang berkelulusan dibenarkan mengajar. Ia juga bertujuan agar mereka yang tidak sesuai dan layak, dapat dihalang daripada mengajar walaupun mempunyai pelbagai kelulusan dan gelar akademik. Jika ada yang tidak sesuai dan layak tetapi masih berdegil untuk mengajar walaupun telah diberi amaran, maka tidak salahlah tindakan penangkapan diambil jika dirasakan perlu.

Dr. Asri Tidak Layak Mengajar?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pula seorang seperti beliau dikatakan tak sesuai dan tidak layak mengajar?

Jawaban pokok kepada soalan ini adalah, Dr. Asri sebenarnya mewakili dan menjuarai suatu aliran pemikiran yang tidak selari dengan fahaman Islam sebenar atau yang biasa dinamakan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Oleh kerana fahaman Islam ASWJ menjadi pegangan asas para ulama dan pihak berkuasa agama di semua negeri-negeri di Malaysia, maka Dr. Asri dalam banyak hal menjadi tokoh yang sangat bermasalah dan kontroversial kerana beliau sering menimbulkan pandangan yang mengelirukan masyarakat dan secara langsung atau tidak, menggugat kestabilan hidup beragama di Negara kita.

Oleh sebab itulah kita mendapati dari dulu sehingga kini beliau tidak selari dengan mufti-mufti dan tokoh ulama lain melainkan sebahagian kecil yang berkongsi aliran dengan beliau. Sebaliknya, oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan yang bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang memang punya prejudis yang tinggi terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan ‘pemberani’ dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga berkongsi terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia. Sepatutnya sokongan dan kehadiran nyata mereka ini bersama Dr. Asri sudah cukup menjadi isyarat bahawa beliau adalah seorang tokoh agama yang bermasalah lantas wajarlah Selangor atau mana-mana negeri lain menghalang kebebasannya mengajar.

Selain daripada itu, kesilapan memberikan ruang dalam media perdana selama ini, serta pendekatan aggresifnya telah menyebabkan Dr. Asri turut berjaya membina pengaruh di kalangan sebahagian masyarakat yang tidak cukup analitikal terhadap aliran yang dibawanya. Dokongan kedua kelompok ini - mereka yang anti-establishment agama serta sebahagian massa yang tidak cukup maklumat - tidak seharusnya dijadikan ukuran keabsahan Dr. Asri sebagai tokoh agama.

Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir agamawan dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau ataupun longgar fahaman Islam ASWJ-nya. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti ‘Tajdid’ atau ‘Kaum Muda’ serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti ‘Wahabi’. Apapun labelnya, hakikatnya aliran ini memang wujud di dunia Islam walaupun merupakan aliran minoriti umat Islam yang majoritinya beraliran ASWJ. Perlu diingat bahawa para pendokong aliran ini termasuk Dr. Asri sendiri sering mendakwa bahawa aliran mereka adalah aliran ASWJ sebenar. Antara ciri utama aliran Kaum Muda seperti yang di pegang oleh Dr. Asri ini adalah kecenderungan merujuk terus kepada nas-nas Quran dan Sunnah tanpa mengutamakan tafsiran dan ijma’ para ulama. Kecenderungan ini membawa kepada penolakan terhadap kebakuan fiqh Mazhab yang empat, aqidah `Ash`aari- Maturidi dan keruhanian tasawwuf.

Di Malaysia, Alhamdulillah, sejak awal lagi aliran ASWJ telah menjadi pegangan majoriti dan aliran yang dominan. Pun begitu, minoriti individu dan tokoh yang cenderung kepada aliran ‘Kaum Muda’ sudah ada sebelum munculnya Dr. Asri lagi. Mereka ini berada dipelbagai tempat termasuk pihak berkuasa agama negeri, universiti, parti-parti politik, organisasi dan institusi tetapi mereka umumnya tahu diri dan tidak cuba mencabar secara aggresif aliran perdana ASWJ. Walau bagaimanapun, fenomena Dr. Asri yang aggresif dan lantang itu dilihat telah menyuntik keberanian kepada pengikut aliran ini untuk turut cuba mencabar dominasi fahaman ASWJ di Malaysia.

Dalam ‘perjuangan’ mendominasikan alirannya, Dr. Asri banyak bergantung kepada bakat pidato dan penulisannya berjubahkan nas-nas Quran dan Sunnah yang terpilih dengan tafsiran yang selari dengan alirannya. Beliau juga sering berselindung di sebalik tokoh-tokoh ulama terkenal sama ada dengan memilih pandangan tertentu mereka yang memihak padanya sahaja serta mengaburkan aspek kontroversi tokoh-tokoh tersebut. Inilah yang sering beliau lakukan dengan tokoh-tokoh seperti Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahab, Yusuf al-Qaradhawi dan Hamka.

Dr. Asri – Hamka, Malaysia - Indonesia

Dalam dua tulisannya yang terbaru, Dr. Asri cuba bersandar kepada populariti Hamka dan ayahnya yang turut membawa aliran pembaharuan dalam masyarakat Islam Indonesia. Mungkin Dr. Asri ingin mengatakan bahawa beliau sebanding dengan Hamka, ditentang kerana membawa aliran pembaharuan yang bercanggah dengan ulama tradisi. Seperti biasa, mereka yang tidak meneliti dan pada masa yang sama mengkagumi Hamka secara mutlak mungkin termakan dengan hujahnya ini tetapi pada hakikatnya, Hamka juga ada sisi kontroversinya dan bukanlah serba ma`sum. Kritik Hamka terhadap ulama Malaysia seperti yang dipetik oleh Dr. Asri bukanlah buah pandangan terbaiknya yang perlu kita telan bulat-bulat. Kita ingin tanyakan kepada Dr. Asri, apabila beliau memetik kata-kata Hamka, “ Tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!”, adakah beliau bersetuju dengan kenyataan ini? Jika betul ia adalah suatu gambaran salah yang menghina bukan sahaja para ulama tanahair, tetapi turut memperlekehkan institusi Raja-raja yang tak dapat dinafikan sumbangannya dalam menaungi agama di Negara kita dari dahulu hingga sekarang.

Dr. Asri juga memang kerap memperlekehkan mufti-mufti yang juga bererti mempertikaikan kebijaksaan Raja-raja yang melantik dan menaungi mereka. Belia pernah berkata, “Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang sukar hendak dilepaskan.” (Al-Islam April 2009, m/s 28-29).

Dari satu sudut lain, mereka yang mengkaji juga akan segera mengakui bahawa nasib sejarah dan realiti Islam dalam perlembagaan dan pentadbiran di Indonesia dan Malaysia jelas berbeza. Di Indonesia, Islam gagal diperuntukkan secara rasmi dalam perlembagaan sehingga urusan agama tidak dapat dikawal dengan kemas oleh undang-undang dan institusi rasmi. Teman-teman yang perihatin dari Indonesia sering mengeluh bahawa inilah suatu kelebihan Islam di Malaysia berbanding dengan negara mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerencaman yang melampau dan kurangnya kesepaduan Umat Islam Indonesia. Kita patut tanyakan Dr. Asri, adakah beliau mahu kita mencontohi Indonesia dalam aspek ini dan melemahkan lagi kesatuan suara dan rasa Umat Islam di Malaysia?

Sesiapun yang sedia mengkaji secara tekun dan jujur segala ucapan, tulisan dan sikap Dr. Asri (yang kebanyakkannya boleh didapati di laman webnya) dengan berlatarbelakangkan pertembungan aliran ASWJ dan aliran-aliran pinggiran, akan segera banyak menemukan pola-pola pemikiran yang bertentangan dengan jumhur (majoriti) Umat. Taklid dan hormat kepada tokoh ulama dan mazhab ditentang hanya untuk digantikan secara halus dengan taklid kepada tokoh dan alirannya sendiri. Dr. Asri juga sering menyeru kepada minda yang terbuka tetapi pada masa yang sama sering mempermasalahkan perbezaan pandangan dalam isu-isu ranting (furu`) hingga menimbulkan ketegangan sesama Islam. Pandangan mazhab dan jumhur ulama kerap digambarkan sebagai ketinggalan dan jumud sedangkan dalam pelbagai persoalan lain aliran ini jauh lebih ketat dan keras daripada pandangan jumhur ulama.

Tulisan ini bukanlah sebuah perbahasan terperinci fenomena Dr. Asri tetapi cuba melakarkan suatu gambaran besar (big picture) tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku. Gambar yang terhasil sebenarnya amat membimbangkan. Jika tidak berhati-hati, Umat Islam di Malaysia yang sudah parah menanggung perpecahan mengikut garis kefahaman politik mungkin akan dirumitkan lagi dengan perpecahan aliran agama melibat ke tiga-tiga sendinya ; Tawhid, Fiqh dan Tasawwuf. Emosi dan simpati semata-mata tidak memadai untuk mencari sikap yang tepat dalam isu ini. Dalam mabuk lagu perubahan dan pembaharuan yang dimainkan oleh Dr. Asri dan teman-teman sealirannya, kewibawaan kerangka fahaman agama serta keutuhan suara Umat boleh terhakis. Jika tidak berhati-hati kita akan mengulangi kesilapan isteri Aladdin yang termakan pujukan si tukang sihir jahat lalu menukarkan lampu lama yang penuh kesaktian dengan lampu baru yang hanya hebat luarnya tapi kosong isinya. WaLlahu a`lam.