Saturday, January 8, 2011

T-Shirt Malaysian Insider Yang Perlu Disanggah!

Ketika meninjau laman web Malaysian Insider tadi, saya dikejutkan dengan iklan jualan baju T yang memampangkan kata-kata DS Nazeri Tan Sri Aziz, " I am Malaysian first and Malay next. Does any bigot have any problem with that?"



Beberapa fikiran terus menerpa ke minda saya, antaranya:



1. Berani sungguh "Malaysian Insider" nih! Inilah antara petanda2 ciri cabaran zaman yang sedang kita hadapi....



2. Confirmlah nampaknya kecenderungan laman web berita ini dan mereka yang disebaliknya...



3. Dia orang ni betul-betul tak faham ke buat2 tak faham tentang hakikat Malaysia dan ke-Malaysiaan nih? Being a Muslim and a Malay is never contrary to being a Malaysian! Even if I say that I am a Muslim first, Malay second and Malaysian third, that does not make me any less Malaysian! So long as you really understand what Malaysia and being a Malaysian stands for... I teach constitutional law and I know for certain that a truly patriotic and informed ( and honest!) Malaysian would never consciously make a big fuss over Islam and Malayness. What more labelling others who do not share the same confusion as bigots!



4.Maybe somebody should print and sell T-shirts which goes like, " I am a Muslim first, Malay second and Malaysian third, and that does not make me any less Malaysian. Does any idiot have a problem with that?"



5. DS Nazeri ni buat malu Koleq aja lah!! Sebagai seorang old boy, Malay College Kuala Kangsar ('Koleq' is her nickname amongst old boys), saya sangat malu dan kesal kerana ada old boy Koleq yang boleh bercakap macam tu... Dah lah hari tu dia bagi muka kat Namewee...Kalau macam ni, maka saya nyatakan di sini bahawa saya akan sujud syukur pada hari beliau digugurkan daripada kabinet ataupun pada hari beliau bertaubat dari sikapnya ini!



Jika nota ini berbunyi kasar, maka saya kongsikan pesanan Guru saya - tawadhu`lah kepada mereka yang tawadhu` dan takabburlah kepada mereka yang takabbur!



Semoga Allah SWT memelihara negara kita dan menjauhkannya dari segala mara bahaya.

(Nota : Ini asalnya adalah nota yang saya siarkan di Facebook saya semalam)