Saturday, January 8, 2011

T-Shirt Malaysian Insider Yang Perlu Disanggah!

Ketika meninjau laman web Malaysian Insider tadi, saya dikejutkan dengan iklan jualan baju T yang memampangkan kata-kata DS Nazeri Tan Sri Aziz, " I am Malaysian first and Malay next. Does any bigot have any problem with that?"



Beberapa fikiran terus menerpa ke minda saya, antaranya:



1. Berani sungguh "Malaysian Insider" nih! Inilah antara petanda2 ciri cabaran zaman yang sedang kita hadapi....



2. Confirmlah nampaknya kecenderungan laman web berita ini dan mereka yang disebaliknya...



3. Dia orang ni betul-betul tak faham ke buat2 tak faham tentang hakikat Malaysia dan ke-Malaysiaan nih? Being a Muslim and a Malay is never contrary to being a Malaysian! Even if I say that I am a Muslim first, Malay second and Malaysian third, that does not make me any less Malaysian! So long as you really understand what Malaysia and being a Malaysian stands for... I teach constitutional law and I know for certain that a truly patriotic and informed ( and honest!) Malaysian would never consciously make a big fuss over Islam and Malayness. What more labelling others who do not share the same confusion as bigots!



4.Maybe somebody should print and sell T-shirts which goes like, " I am a Muslim first, Malay second and Malaysian third, and that does not make me any less Malaysian. Does any idiot have a problem with that?"



5. DS Nazeri ni buat malu Koleq aja lah!! Sebagai seorang old boy, Malay College Kuala Kangsar ('Koleq' is her nickname amongst old boys), saya sangat malu dan kesal kerana ada old boy Koleq yang boleh bercakap macam tu... Dah lah hari tu dia bagi muka kat Namewee...Kalau macam ni, maka saya nyatakan di sini bahawa saya akan sujud syukur pada hari beliau digugurkan daripada kabinet ataupun pada hari beliau bertaubat dari sikapnya ini!



Jika nota ini berbunyi kasar, maka saya kongsikan pesanan Guru saya - tawadhu`lah kepada mereka yang tawadhu` dan takabburlah kepada mereka yang takabbur!



Semoga Allah SWT memelihara negara kita dan menjauhkannya dari segala mara bahaya.

(Nota : Ini asalnya adalah nota yang saya siarkan di Facebook saya semalam)

4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

artikel yg ringkas padat bernas.


walau tak berapa kemas.hehehe


ala kulli hal mesej sampai.


jazakallah Dr


tahniah juga atas yayasan sofa yg akan ada bangunannya di kg baru.


madad.


ana akan link blog dr di blog ana.

Cheguman said...

salam. Sy paling tak gemar mengutuk pemimpin tapi kekadang terlanjur juga. Saya cadangkan nazri dan hisyamudin dilantik sbg duta atau apa2 jawatan yg membolhkan kita tak dpt lihat wajah mrk

batik Dia said...

Salam Dr,
Ana rasa anta kurang faham dengan maksud malaysian 1st, then malay. Ia sebenarnya bagi mematikan hujah bahawa kita mementingkan Melayu dahulu, kemudian yang lain.
Memang benar 99% Melayu adalah Islam tetapi mungkin anta lupa bahawa berapa peratuskah Melayu yg benar2 mengamalkan Islam sepenuhnya, ie solat 5 waktu. Sebab itu amat salah sekali jika kita meletakkan Melayu dahulu.
Nabi Junjungan kita Muhammad SAW tidak pernah memperjuangkan bangsa.
Ana rase mungkin anta mempunyai agenda tersendiri. WaLlah'alam

Penditakainsingkat said...

Salam Tuan,

Nazri kata Malaysia first, malay second.

Suruh dia bertanding di kawasan 30% China kalau berani.

Malay 2nd inilah yg bagi dia kerusi, bukan Malaysian dahhh..itupun satu kerusi negeri dah terlepas pd 2008 dulu..

nazri oh nazri..

Teruskan blog ini Tuan.
Salam